Thursday, December 31, 2009

Si Dia

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar
-------------------------------------------------------------------
something i got from iluvislam.com.

Wednesday, December 30, 2009

monolog dalaman yang tertulis dan tersiar.

dah sudah-sudah la eh tikah.
belajar berlapang dada.
tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.
even if kau terima dari orang lain then kau memberi kt orang lain,
ok lah tu.

belajar bercakap yang baik-baik je ok?
dah tak mawu dah wat perangai mengadu-ngadu nih.
dosa tau.

tau kn, if tak ada benda baik nk ckp baik diam?

memang la bila orang buat tak baik kat kita,
tak pon buat benda yang kita tak suke,
n walaupon kte dah tegur tp die wt bodo je,
mesti kte rasa nk luah kat someone psl ape die wt kn?

pastu tiba-tiba someone tu pon rasa benda yg sama,
sokong sama-sama apa kte rasa..
sedar-sedar makin bertambah point kita kata psl org tu.
tapi sedar tak tu semua adalah mengumpat?


ye memang sedih, memang tensi kalau simpan sorang-sorang.
tapi, cubalah yakin.
kalau kita ada Allah tak jadi gilalah.
don't worry.

masuk neraka tau kalau kte mengumpat.
bertaubatlah selagi sempat.
fikir dalam-dalam sebelum buat.

astaghfirullahal'azim
----------------------------------------------------------


  1. celakalah setiap pengumpat dan pencela,
  2. yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya,
  3. dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya.
  4. sekali-sekali tidak! Pasti dia akan dilemparkan ke dalam (neraka) Hutamah.
  5. dan tahukah kamu apakah (neraka) Hutamah itu?
  6. Api (azab) Allah yang dinyalakan,
  7. yang membakar sampai ke hati.
  8. Sungguh, api itu ditutup rapat atas mereka,
  9. (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.

(surah al-Humazah)

----------------------------------------------------


Pabila

cuba untuk menunjukkan kesetiaan pada manusia membuatkan aku hampir terkeluar dari jalan-jalan yang lurus..

hati resah runsing serba tidak kena.

merasa benci pada semua. merasa benci pada diri.

-------------------------------------------------------------

ni status mun kat fb die:

CINTA... andai kau belum bersedia, jangan sesekali menjebakkan diri ke dalamnya.. Ingatlah, carilah cintaNya dahulu sebelum mendahulukan cinta sesama makhlukNya.. Ingatlah juga tanggungjawab yang perlu kita pikul di dunia yang fana ini.. Andai kita tiada pasangan di dunia ini..., kita akan mendapatnya di syurga nanti, tetapi jika tanggungjawab kita kepada ibubapa tidak dilaksanakan, adakah kita dapat menunaikannya di akhirat nanti??

T.T

kalaulah semuanya semudah kata-kata.